Jumaat, 20 Julai 2012

1st day of Ramadhan

Assalamualaikum... Baby baru je selesai bersahur ngan family. Tahun ni ditemankan oleh dak tecik aka Iskandar. Adik dye, Sarah tido agi dengan nyenyaknye sehinggakan baby ase jeles n ingat nak join sama.

Kejadian semalam:

Daddy Iskandar: "Esok dah puasa. Bangun sahur ye.. makan ngan acu, pak ngah, pak long ngan nenek boy dan nenek girl ye.."

Iskandar: ok.. *angguk2*

.................................................................

Kejadian pagi ini:

Nenek boy: "Iskandar, bangunnn~ sahur.."

Iskandar: "eeeeeeeee~~ eeeeee~~ hukhuk..." (terlentuk kat meja makan)

Angah: "Haip..bangun.. apa pulak tido kat meja makan?"

Iskandar: "namo.. ermmm... huuuuuuu!~"

Acu (BabyOtomen): hahahahah..... (gelakkan dak tecik tu)

Nenek boy: "Jangan nak gelak... adik sama gak camni masa kecik.."

Acu: =_="

...........................................................

nape nak libatkan baby? orang kan gelak tgok kecomelan tahap maximum yang telah disalurkan oleh dak tecik tu...eee~ babah ni.. nasib baik bulan pose kalau x.. dh majuk ni.. wah! mentel! nak majuk2 plak.. xde maknanye...maka sepanjang sahur tu, c Iskandar ni x bukak2 pun mata dye... mmg dh terlentok tido.. ikut suka kau laaaa Iskandar.... 

oh ye, Iskandar ngan Baby Sarah ito kat sini malam ni...sebab mummy ngan daddy dorang keje.. sebab dorang kena bertugas sebab ada sesuatu yang terjadi... 20 Julai 2012, sebuah helikopter Bell 212 TUDB telah terhempas..


salah seorang daripada mangsa ialah senior baby kat U. Memang tekejut bila dengar berita ni.. lagi2 bila dh nak masuk bulan Ramadhan.. Tapi ajal maut itu letaknya di tangan Yang Maha Esa. Pemergian Allahyarham dan mangsa-mangsa lain diredhai dan didoakan agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Gambar kat atas ialah keratas surat khabar tentang keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Pangkalan Tentera Diraja Brunei dan hospital utk melihat sendiri mangsa-mangsa. Rasa terharu sangat tengok KDYMM dalam surat khabar ni. Baginda pakai baju Tshirt biasa je. Nampak beliau bergesa-gesa nak menjenguk mangsa-mangsa heli ni.. Alhamdulilah.. nampak pemedulian KDYMM kepada rakyatnya. Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa.. Redhailah pemergian mereka. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.. Al-Fatihah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ermmm....baby baby...just one more time..hehe...lamanya x update....

Ali berkata...

baby dah x update ker blog nie

BabyOtomen berkata...

dh ade... nnti bby update!

BabyOtomen berkata...

dh ade... nnti bby update!