dan salam sejahtera semua.. Hari ini bermulanya satu blog baru yang dipanggil "Diary Baby Otomen". Apa kejadahnya bby buat blog ni? jawapannya... "saja jer..." Yang paling meninggalkan sejarah manis, blog ini dicipta pada hari kedua final exam bby untuk semester ni. 2hb May 2012. Kenapa? kenapa nak pilih pada masa genting ni baru nak buat blog? pasalnye.. bby dh banyak blog sebelum ni. tapi sume dh ditinggalkan kerana ada yang terlupa URL..ada yang terlupa email dan yang terlupa password. Boleh kah itu terjadi? hehe. sebenarnya most of the blog dibuat untuk kerja kursus kat uni je.. lepas dicek oleh lecturer maka secara automatiknya, password akan dilupakan sama sekali. kesian blog tu kan?
Ok, dengan adanya blog ni.. baby harap dapat share2 dengan kawan-kawan baby. Isi kandungan blog ini x terlimit kepada satu je. ianya merangkumi pelbagai aspek seperti aspek kehidupan, kejiwaan, pendidikan, falsafah, kevideoan, psikologi dan sosialogi pengarang (amik!! dah kuar sume jawapan exam dalam nih)
Semoga apa yang ada di dalam ini akan dijadikan penghibur dan memberi manfaat kepada semua.
enjoy reading my blog ea.. and rasa2nya kalau x suka blog ini maka jangan segan silu untuk mengalihkan cursor anda ke hujung kanan sekali di screen laptop atau pc anda.. ada nampak 'x'? haaa..tekan kat sana.. kalau tak nampak... tekan je switch off kat pc tu atau cabut wayar pc anda.. senang kan? hahaha.. Gurau je ea korang.. jgn marah2..kang bby fireeeee!~
yang ikhlas,
Baby_Otomen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan